LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Tadika Nurul Syifa’ ( TNS ) ditubuhkan sejak tahun 2000 dan diasaskan oleh Puan Nurul Syahidah Bt Rosnan.  Dalam tempoh masa tersebut, beliau berpengalaman sebagai seorang guru, guru kanan dan juga pernah menjadi guru besar selama beliau berkhidmat. 

 Tadika ini mempunyai 4 cawangan di setiap daerah yang berlainan. Pada mulanya Tadika  ini beroperasi, ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa. Setelah beberapa bulan beroperasi barulah para ibu bapa memberi respon yang positif untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika ini. Tadika Nurul Syifa’ juga menerapkan pelbagai nilai-nilai murni kepada kanak-kanak

Beliau juga melalui banyak pengalaman dan kemahiran yang ditimba bersama kumpulan rakan sepengajian, tadika ini telah berjaya membangunkan modul sendiri dan memberi hasil yang memberangsangkan. Lazimnya tadika ini telah berjaya memberi perubahan positif terhadap kanak-kanak yang bermasalah dan semestinya bagi pelajar yang normal, akan digilap kecemerlangannya dalam bidang akademik mahupun akhlak.

 Tadika Nurul Syifa’ juga akan cuba memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Iqra’ dan Jawi sebagai bekalan penting untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan